Misi Blog SuapanIbu

Koleksi hidangan yang sempat dikumpul sebagai kenangan bersama arwah mak. Juadah dan air tangan mak seringkali dirindui. Hidangan turun temurun ini sebagai panduan anak-anakku dan semoga bermanfaat untuk semua pembaca.

Wednesday, 11 November 2015

Puding Kastad Ibu

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Al kisah bila anak bagi tau ada jamuan di sekolah. "Ummi nak buat apa untuk jamuan esok ?... " Bila anak ajukan pertanyaan, hati ibu mana yang nak mengatakan tidak. Maklumlah hujung tahun ni budak-budak pun sibuk la dengan jamuan perpisahan, ada yang lepas UPSR jamuan perpisahan sebab peralihan dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Macam-macam agenda murid-murid dan guru-guru laksanakan. Secara tak langsung ibu-ibu terlibat sama.

Macam-macam aksi dan reaksi la jadinya... ini la hasil carian dari kawan rapat cik google yang sentiasa tak jemu-jemu melayan kerenah peminatnya....
suapanibu.blogspot.com


Nak share jugak la resepi yang mudah lagi terbaiiieeekkk!!!!

Bahan2:
1 peket agar-agar tali  <atau> 8 gm agar-agar serbuk
4 cawan air 
1 cawan gula pasir  - ikut kadar kemanisan
1 cawan santan
1 cawan tepung kastad  - bancuh dengan sedikit air hingga sebati
1 sudu besar serbuk koko


Caranya:
1. Basuh agar-agar dan rebus dengan 4 cawan air sehingga mendidih dan larut.
2. Masukkan gula dan santan. Kacau sehingga gula larut. Guna api perlahan supaya santan tidak bergentel.
3. Asingkan/ketepikan 1 mangkuk bancuhan agar-agar.
4. Kemudian masukkan adunan tepung kastad dan kacau sehingga pekat dan berkilat. Tutup api.
5. Masukkan serbuk koko ke dalam mangkuk bancuhan agar2 yg diasingkan tadi.
6. Tuang adunan kastad ke dalam acuan kegemaran. Kemudian tuang adunan agar-agar koko.  Lorekkan dengan lidi untuk corak yang disukai.
7. Sejukkan dan boleh la dimasukkan ke dalam peti sejuk.




Friday, 30 October 2015

Kacang Pis (Peas) Goreng Berempah

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Sejak jadi suri rumah sepenuh masa ni asyik fikir nak masak apa untuk keluarga. Sebelum ni jadi isteri separuh masa dalam perjalanan balik, atas motor sempat lagi reka resepi utk juadah makan malam ishhh!!! pening jugak kan ???... bersarang otak ni... usaha masih diteruskan..
Buka peti sejuk terjumpa kacang pis dalam tin masih berbaki lagi. Otak semakin ligat berfikir nak buat apa dengan kacang pis ni. Kemudian tercari-cari lagi sayur apa yang masih ada. Wah! kacang buncis dan karot....hhhmmm.. idea merapu datang tiba-tiba...

Merapu tak merapu asalkan jadi hidangan yang keluarga suka... bila tengok kacang pis goreng berempah paling cepat disambar anak-anak..hatiku berbunga-bunga...fuh!!! dlm hati ada taman... Tambah pulak dengan ikan cencaru bakar.

Jom tambat selera keluarga dan hargai usaha kita....Alhamdulillah..

Bahan2:

1/2 tin Kacang peas (dalam tin)
5 batang Kacang buncis (potong serong)
1/2 batang karot (potong kiub)
1 batang cili merah (hiris)
2 biji bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
1 sudu rempah kari daging
1 biji telur ayam
garam secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara Masak:
1.  Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak. Guna api kecil sahaja.
2.  Masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi. Tumis hingga layu. Kemudian masukkan rempah kari daging. Gaul rata (jangan terlalu lama nanti hangus pulak)
3. Masukkan kacang buncis dan karot. Gaul rata dan biarkan sebentar hingga agak layu sedikit.
4. Masukkan kacang pis dan garam secukup rasa.
5. Pecahkan telur dan kacau hingga rata. Bila agak kering boleh la diangkat dan hidangkan.


Monday, 15 June 2015

Apam Milo / Koko

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Sebelum tidur terkulat-kulat mata dan minda memikirkan juadah apa untuk sarapan pagi esok ni. Asyik cucur kodok, lempeng, pancake, nasi goreng dan nasi lemak. Hati berkata-kata....Intai-intai almari dapur, tiba-tiba jumpa pulak kertas kecil terselit dalam lipatan buku-buku resepi lama yang dah kuning warnanya. Alhamdulillah rezeki anak-anak... Kuih yang amat mudah dan ringkas proses penyediaannya. Amat sesuai dengan ibu-ibu yang kesuntukan masa menyediakan sarapan pagi atau minum petang untuk keluarga tersayang. Jom intai resepi....

Bahan2:                                 
http://suapanibu.blogspot.com


1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir (ikut citarasa)
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar milo atau koko
1 biji telur

Cara2nya:
1. Campurkan semua bahan2 kecuali minyak. Kacau rata menggunakan "whisk" atau senduk kayu. Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan gaul lagi sehingga sebati dan tidak berketul.
2. Panaskan pengukus hingga air mendidih. Balut penutup dengan kain supaya wap air tidak jatuh pada kuih
3. Sapukan minyak pada loyang atau acuan apam yang digemari
4. Masukkan adunan ke dalam acuan/loyang dan kukus selama 25 minit atau hingga masak.




Apam Milo Mekar

Bahan-bahanya                            
150gram tepung gandum
6 sudu besar serbuk milo
120 ml susu segar
50 gram gula
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar minyak masak
1 biji telur

Cara-caranya
1. Ambil separuh bahagian susu segar ( 60ml) panaskan sebentar dan campurkan 6 sudu besar serbuk milo, kacau hingga milo larut.
2. Kemudian Ayak tepung gandum dan baking powder, selepas itu pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan baki susu segar, tepung yang telah di ayak dan bancuhan milo tadi. kacau  menggunkan spatula atau senduk kayu.
3. Akhir sekali masukkan minyak masak dan tuangkan di dalam acuan, letak hampir penuh pun takpe, dan kukus lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api kuat. Sedap dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

Friday, 24 April 2015

Masak Lemak Cili Api Sotong Dan Kailan

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Menu hari minggu yang amat ringkas dan
suapanibu.blogspot.commenyelerakan. Kita biasa dengan kailan goreng ikan masin atau kailan goreng belacan, tapi sebenarnya kailan juga sedap masak lemak cili api dengan sotong atau udang. Anak-anak pun suka.. JOM!...tengok resepi...

Bahan-bahan:
1 ikat sayur kailan (basuh dan potong ikut seni masing2)
Sotong (buang tulang belakang dan potong bulat2 - basuh & toskan)
1 mangkuk santan pekat
7 biji cili padi (boleh tambah/kurangkan)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup / 1/2 sk serbuk kunyit
1 batang serai (ketuk pangkalnya)
1 keping asam keping
 garam (secukup rasa)

Cara penyediaannya:
1. Tumbuk cili padi, halia, kunyit dan garam hingga lumat.
2. Masukkan santan, bahan tumbuk, serai, asam keping dan batang kailan ke dalam periuk. Biarkan mendidih sebentar baru masukkan daun kailan.
3.  Bila batang kailan lembut, masukkan sotong.  Kacau dan rasakan garam secukupnya.
4. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.






Tips & ~petua~ :
Masak sotong tak perlu lama sangat supaya sotong tidak liat macam "chewing gum"...



Friday, 27 March 2015

Bubur Kacang Meletop !!!

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Cerita hari ini. Kelas masak bubur kacang untuk remaja yang tak berapa remaja laaa....
Sediakan bahan2 di bawah ni dulu ye...

Bahan2:
Image result for santan kotak ayam brand2 peket kacang hijau
1 kotak besar santan Ayam Brand (5 cawan santan)  
Air jika perlu
3 ketul Gula kabung/melaka
4 senduk gula pasir (secukup rasa)
1 sudu makan garam
                     2 helai daun pandan (ikat simpul)
                     1 cawan sagu (basuh dan tapis)

Cara membuatnya:
1. Basuh kacang hijau.
2. Rebus kacang hijau dengan air dalam periuk nasi (rice cooker) hingga empuk (kacang lembut dan kembang). Paras air mestilah 1/2 drp periuk.
3. Bila kacang sudah empuk, masukkan santan, gula melaka, gula pasir, garam, daun pandan dan air .
4. Biarkan sehingga mendidih dan rasakan garam dan gula. Tambah mana2 yg kurang. Ikut kesedapan masing2.
5. Masukkan sagu dan sesekali kacau rata. Biarkan sehingga sagu nampak jernih mcm mata ikan segar...hihihi..

Daripada cerita di atas, macam ni la hasilnya:
Basuh dan Rebus kacang hijau
Kacang sudah empuk/kembang

Setelah masukkan semua bahan kecuali sagu
Setelah masukkan sagu

Monday, 2 March 2015

Sambal Pecal

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


suapanibu.blogspot.com

Sambal Pecal cukup terkenal dengan makanan kaum jawa. Biasanya dimakan bersama sayur-sayuran kampung seperti pucuk ubi, kangkung, jantung pisang, taugeh dll sebagai hidangan sampingan. Penyediaannya cukup mudah. Boleh buat banyak2 dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna baru bancuh dengan air panas.


Bahan2 utk Kuah Kacang: (hidangan untuk 5 orang)

3 cawan  kacang tanah- sangai (goreng tanpa minyak) dan kisar separa halus (kasar + halus)
7 tangkai cili kering- buang tangkai, basuh dan toskan.
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci isi cekur (jika suka)
1 inci belacan yg telah dipanggang
asam jawa tanpa biji
1 sudu teh garam
5 sudu besar gula
1/2 cawan air panas

Sayur-Sayuran:

1 bungkus tempe- hiris nipis, gaul garam dan kunyit (campur sedikit air)- goreng
2 keping tauhu- goreng- hiris kecil
tauge- buang ekor dan dicelur sebentar
3 urat kacang panjang, celur dan kerat 1 inci
1 ikat kangkung - celur
1/2 biji sengkuang- kupas, hiris panjang-panjang
timun -hiris panjang-panjang
jantung pisang, celur
pucuk ubi- celur

*** celur dalam periuk berisi air dan 1 sudu besar minyak masak atau sehiris halia. Sayur nampak hijau dan cantik serta jantung pisang tak lebam

Cara membuat kuah:
1. Goreng cili kering dalam 1/2 cawan minyak masak ,2-3 minit. Angkat dan toskan. Kemudian goreng bawang merah dan bawang putih hingga bahagian luarnya layu. Angkat dan toskan.

2. Goreng tempe dan tauhu menggunakan kuali yang sama.

3. Blend/tumbuk halus cili kering, ubi cekur dan bawang. Masukkan ke dalam mangkuk.

4. Campurkan kacang tanah, asam jawa, garam dan gula.

5. Bancuh dengan air panas dan kacau hingga sebati. Kadar air bergantng kepada kepekatan yang disukai.

*** Cadangan hidangan: Sedap juga dijadikan pencicah cucur udang, cucur kodok atau tahu sumbat.

Sunday, 22 February 2015

Kek Butter memang sedap !!!

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah, akhirnya jadi jugak plan buat kek butter kegemaran keluarga. Memang puas hati !!!
suapanibu.blogspot.com
Amat sesuai untuk anak2 yg baru nak belajar membuat kek.

Saya kongsikan cara2 membuatnya.

Bahan2:
1 buku butter 250gm
1 1/4 cwn gula kuster (1 cwn je kalau x suka manis)
2 cwn tepung gandum
1 st baking powder
1 st esen vanila
5 biji telur

Caranya begitu ringkas:
  • Satukan semua bahan2 KECUALI telur. Kacau rata guna mixer hingga tidak berketul2. Kemudian masukkan telur 1 per 1. Kacau lg kira-kira 5 minit hingga telur betul2 sebati dan gula hancur.
    suapanibu.blogspot.com
  • Panaskan oven 180c .
  • Masukkan adunan dlm loyang dan bakar selama 50 minit / hingga masak.
  • Sejukkan dan sedia utk dimakan.

Wednesday, 11 February 2015

Bingka Sukun

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

suapanibu.blogspot.com

Rezeki di hari minggu dapat sebiji sukun dari kampung. Simpan punya simpan terlembik la pulak sebahagian buah sukun tu. Apa lagi dapat la 2 jenis hidangan. Yang masih keras jadi la sukun goreng tepung dan yang dah lembik jadi la bingka sukun...jeng!..jeng!..jeng!...

Bahan2:
2 1/2 cawan isi buah sukun (yg masak ranum)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula
sedikit marjerin & secubit garam

Cara2nya :
1. Blend buah sukun bersama gula, telur dan sedikit santan
2. Blend tepung gandum bersama santan supaya tak bergentel2.
3. Satukan semua bahan blend dan sedikit garam hingga sebati.
4. Sapukan sedikit marjerine di permukaan loyang atau acuan bingka dan letakkan di atas api yang kecil.
5. Tuang adunan ke dalam acuan yang panas dan taburkan sedikit marjerin di permukaan adunan.
6. Bakar dalam oven (api atas/bawah) suhu 180C selama 1 jam atau hingga masak. Tambah masa jika inginkan permukaan atas yg kekuningan.
7. Sejukkan sehingga benar-benar sejuk baru di keluarkan dari loyang/acuan dan boleh di potong.

Friday, 30 January 2015

Sotong Berempah

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

suapanibu.blogspot.com
Mencipta suatu kelainan rasa untuk makan malam. Dah tak tau nak masak apa lagi sotong ni. Sedap jugak masak campak-campak kan ?
Jom try !!!

Bahan2:
10 ekor sotong
      (buang tulang belakang dan potong2 bulat. Basuh dan toskan)
1 sudu cili giling/blend
      ( blend 3 biji cili kering + 3 biji bawang merah + 1 ulas bawang putih)
1 sudu rempah kurma
1 sudu kicap pekat manis
1 keping asam keping
1 inci halia (dihiris halus)
1 batang kayu manis
1/2 biji bawang besar (potong bulat)
Minyak utk menumis
Garam

Cara2nya:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan kayu manis, halia dan cili giling. Tumis hingga cili betul2 masak.
2. Masukkan rempah kurma dan bawang besar.
3. Masukkan sotong, kicap dan cuka. Biarkan hingga mendidih sekejap dan perasakan dengan garam. Kemudian tutup api.
4. Siap utk dimakan dengan nasi panas.

Tips:
Selepas masukkan sotong JANGAN biar mendidih lama sangat, cukup sekali mendidih je supaya sotong tak liat mcm gelang getah bila dimakan nanti.



Sunday, 25 January 2015

Kekulih ~aka~ Bubur Sum Sum

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


suapanibu.blogspot.com

Masa kecik2 dulu kuih ni la paling top bila ada yg naik juz baru masa mengaji Al Quran.
Sesuai jugak dijadikan sebagai dessert.

Bahan-bahan  :
1/2 peket tepung beras
 5 cawan santan (dari sebiji kelapa)
1/2 sudu kecil garam
 2 helai daun pandan - ikat simpul

Cara:


1. Satukan kesemua bahan-bahan dalam periuk dan gaul rata. Kacau sentiasa dengan senduk kayu hingga pekat dan berkilat
2. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yang dibasahkan dgn air terlebih dahulu dan sejukkan.


Bahan Sirap Gula :
1 cawan gula merah
Sedikit gula pasir (utk lebih manis)
2  cawan air
1 helai daun pandan - disiat dan simpul

Cara:   
Satukan dan masak semua bahan sirap gula hingga gula larut dengan api sederhana. Sejukkan.


Cara Makan:

Hidangkan bersama sirap gula.

Kuih dadar gulung ~aka~ Ketayap

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

suapanibu.blogspot.com

Kuih dadar gulung dalam bahasa banjar alai. Namanya sesuai sekali dgn proses pembuatannya iaitu dadar dan gulung. Kuih ketayap dalam bahasa buku standad. Proses penyediaannya amat mudah. Mari kita cuba...

Bahan Inti:
3 cwn kelapa parut (putih shj)
1 helai daun pandan (ikat simpul)
1 cwn gula (ikut selera)
1 sd kecil garam
1/4 cwn air
sedikit tepung gandum

Caranya:
1. Masukkan semua bahan KECUALI tepung ke dlm periuk kecik.
2. Masak atas api kecil sambil dikacau supaya tidak hangus.
3. Masukkan sedikit tepung supaya inti tidak berderai.
4. Kacau lagi hingga kelapa cukup masak

Bahan2 kulit:
3 cwn tepung gandum
2 cwn air pandan (7 helai daun pandan blend bersama air dan tapis)
1 1/2 cwn air
1 sd kecil garam
1 biji telur
2 sd besar minyak masak

Caranya:
1. Satukan tepung, garam dan air pandan.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan whisk supaya tidak bergentel.
3. Masukkan telur dan minyak masak. Gaul sehingga sebati.

Cara masak dan proses penyediaan:
1. Panaskn kuali dan sapukan sedikit minyak.
2. Masukkan 1 senduk adunan tepung, kmd pegang dan angkat kuali sambil dilenggangkan (gelekkan) kuali tu supaya kulit ketayap jd bulat dan rata.
3. Biarkn seketika. Bila keliling kulit nampak terangkat sedikit bolehlah angkat dan letak inti. Seperti gambar ni.
suapanibu.blogspot.com

Thursday, 22 January 2015

Bubur Gayam

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


suapanibu.blogspot.com

Sejenis bubur kaum Banjar yang disediakan secara gotong royong bila ada majlis keramaian seperti kenduri doa selamat. Wadai Kiping (Bahasa Banjar Kalua) / Gayam (Bahasa Banjar Alai)



Jom tengok-tengok resepi.... memang sedap!!!



suapanibu.blogspot.com

Bahan2 (Anak-anak gayam):
1 peket Tepung pulut

Sedikit air kapur
Air suam
Garam

Cara penyediaan:
Gaul sebati tepung dan air kapur ke dalam bekas. Masukkan air suam yang telah dicampurkan dengan sedikit garam sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang tidak melekat di jari. Kalau lembik tambah tepung, kalau keras sangat tambah air. Asalkan boleh digentel. Gentelkan menjadi bulat sebesar syiling 10 sen dan penyekkan sedikit. Susun atas dulang yg telah ditabur tepung.
suapanibu.blogspot.com


Bahan2 (Sebagai ibu gayam):
1 cwn Tepung pulut (anggaran 10 keping)    <atau>
1/2 cwn beras pulut yg direndam seketika dan blend kering
Sedikit kelapa parut
Air suam
Garam

Cara penyediaan:
Gaul sebati semua bahan2 kering ke dalam bekas kecuali garam. Masukkan air yang bercampur sedikit garam sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat di jari lagi. Kalau lembik tambah tepung, kalau keras sangat tambah air. Asalkan boleh digentel. Gentelkan menjadi bulat sebesar syiling 50 sen dan penyekkan sedikit. Susun atas dulang yg telah ditabur tepung. 

Bahan2 (Bubur):
Santan (dari 2 biji kelapa)
Gula merah / Gula melaka
Gula pasir
Garam
2 helai Daun pandan (ikat simpul)
Durian  / sagu biji (jika suka)
* sebenarnya tiada sukatan yang tepat, ikut  kepada berapa banyak yang nak dibuat (secukup rasa dan kesesuaian bilangan tetamu)

Cara memasak :
1. Masukkan santan, gula merah, gula pasir, garam, daun pandan dan durian ke dalam periuk. Kacau sebati hingga mendidih. Masukkan kedua-dua adunan yang telah siap digentel tadi.
2. Biarkan mendidih. Bila gayam-gayam sudah timbul bermakna bubur gayam sudah masak dan siap untuk dimakan.

Wednesday, 21 January 2015

Tapai Pulut

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


suapanibu.blogspot.com


Tapai Pulut

Bahan2:

1 kg beras pulut - rendam <> 3 jam
1 biji ragi-hancurkan/tumbuk halus
bekas secukupnya utk isi tapai / daun pisang / daun getah
5 biji lada sulah dan sedikit air - sebagai pencelup tangan


Cara:
1.Kukus pulut atau tanak dalam rice cooker pun boleh (sukatan air & beras mesti sama).
2.Kalau kukus, Selepas 30 min, kacau rata. Kukus lagi hingga wap keluar dari tutup periuk.
3.Buka dan tengok, kalau belum masak siram sedikit air panas, kacau rata dan biarkan seketika.
4.Kukus semula sehingga asap keluar byk dr tepi tutup pengukus (tanda pulut masak)
5.Angkat dan ratakan pulut atas dulang supaya cepat Sejuk...pastikan pulut betul2 sejuk sebelum langkah seterusnya, supaya tapai tak jadi merah/masam
6.Masukkan ragi dalam penapis teh dan gesekkan di atas pulut ... Balik-balikan pulut dan tabur dengan baki ragi hingga rata
7.Campurkan sedikit air bersama lada sulah yg ditumbuk halus dan baki ragi  - sbg pencelup tangan utk bulat2kan pulut (tapai akan rasa lemak2 manis dan sedap)
8.Isikan dlm bekas kegemaran.
9.Simpan/Peram tapai dlm bekas tertutup samada dlm periuk/bekas besar atau masukkan dlm bekas tupperware tertutup.Jgn buka sehingga 2 mlm . barulah boleh makan..
10.Sedap dimakan dengan aiskrim perasa vanila.... mmg bessstttt!!!

Tuesday, 20 January 2015

Kuih Seri Muka ~aka~ Pulut Langat (Bahasa Banjar)

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


suapanibu.blogspot.com 


Kuih Seri Muka ni masa kecil2 dulu mak buat waktu malam untuk sarapan pagi. Tapi kami adik beradik tunggu je kuih masak nak makan panas2. Fluuuurrrppp!!!... memang sedap..Saya paling suka lapisan atas tu, dalam pinggan tinggal pulut je tergolek2 hihihihi...

Proses membuatnya tak la susah mane. Jom kita cuba!!!

Bahan lapisan bawah:
2 cwn pulut putih (rendam <> 2 jam dan toskan)
2 cwn santan cair (sama dgn sukatan beras pulut)
sedikit garam

Cara:
1. Satukan santan cair dan garam
2. Tuangkan ke dlm pulut yg telah ditoskan tadi
3. Kukus selama 45 minit
4. Kacau supaya santan dan pulut sekata. Kukus lagi hingga masak
5. Bila dah masak, tekan2 pulut tadi hingga rata dan mampat

Bahan lapisan atas:
2 cwn santan pekat
6 helai daun pandan
1 cwn tepung beras
3/4 cwn gula ( lebih manis - 1cwn gula)
1 biji telur
1/2 sudu teh garam

Cara:
1. Blend daun pandan bersama 1 cwn santan pekat. Perah utk ambil jusnya.
2. Satukan jus pandan, santan pekat, garam dan gula dlm periuk dan masak sebentar (sekadar keluar wap shj).
3. Gaul sebati tepung beras dan telur. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit santan yg telah dimasak tadi.
4. Kacau menggunakan whisk supaya tidak bergentel.
5. Siramkan adunan ke atas pulut yg telah mampat tadi.
6. Kukus selama 45 minit atau hingga masak. Setiap 10 mimit buka utk buang wap air.
7. Sejukkan dan hidangkan.