Bahan2:
5 ekor Ikan segar (apa2 jenis ikan (sepat/haruan/keli/talapia/siakap dll, asalkan masih hidup & segar)
1 cwn Garam kasar
3 keping asam keping
1 cwn beras goreng (beras digoreng hingga keperangan tanpa minyak dan blend/tumbuk kasar)
Kaedah penyediaan:
1. Siang dan bersihkan ikan.
2. Gaulkan dengan 1/2 cwn garam. Biarkan selama 1 hari dalam bekas bertutup.
3. Kemudian basuh ikan dengan air bersih dan toskan.
4. Gaulkan ikan dengan 1/2 cwn garam lagi bersama asam keping dan beras goreng.
5. Simpan dalam bekas bertutup rapat dan peramkan selama 5 hari. Semakin lama diperam ikan dan garam lebih sebati dan tulang ikan akan hancur bila digoreng.
6. Jika tak suka ikan terlampau masin dan hancur boleh simpan dalam peti sejuk selepas hari ke-5.
Cara hidangan:
Goreng ikan bersama hirisan bawang merah atau bawang besar dan hirisan cili kering atau cili hidup (cili besar). Makan bersama nasi panas atau pulut.
Nota Penting:
JANGAN BASUH ikan pekasam. Goreng ikan bersama salutan beras goreng tadi.
0 comments:
Post a Comment