Misi Blog SuapanIbu

Koleksi hidangan yang sempat dikumpul sebagai kenangan bersama arwah mak. Juadah dan air tangan mak seringkali dirindui. Hidangan turun temurun ini sebagai panduan anak-anakku dan semoga bermanfaat untuk semua pembaca.

Monday 15 June 2015

Apam Milo / Koko

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Sebelum tidur terkulat-kulat mata dan minda memikirkan juadah apa untuk sarapan pagi esok ni. Asyik cucur kodok, lempeng, pancake, nasi goreng dan nasi lemak. Hati berkata-kata....Intai-intai almari dapur, tiba-tiba jumpa pulak kertas kecil terselit dalam lipatan buku-buku resepi lama yang dah kuning warnanya. Alhamdulillah rezeki anak-anak... Kuih yang amat mudah dan ringkas proses penyediaannya. Amat sesuai dengan ibu-ibu yang kesuntukan masa menyediakan sarapan pagi atau minum petang untuk keluarga tersayang. Jom intai resepi....

Bahan2:                                 
http://suapanibu.blogspot.com


1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir (ikut citarasa)
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar milo atau koko
1 biji telur

Cara2nya:
1. Campurkan semua bahan2 kecuali minyak. Kacau rata menggunakan "whisk" atau senduk kayu. Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan gaul lagi sehingga sebati dan tidak berketul.
2. Panaskan pengukus hingga air mendidih. Balut penutup dengan kain supaya wap air tidak jatuh pada kuih
3. Sapukan minyak pada loyang atau acuan apam yang digemari
4. Masukkan adunan ke dalam acuan/loyang dan kukus selama 25 minit atau hingga masak.




Apam Milo Mekar

Bahan-bahanya                            
150gram tepung gandum
6 sudu besar serbuk milo
120 ml susu segar
50 gram gula
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar minyak masak
1 biji telur

Cara-caranya
1. Ambil separuh bahagian susu segar ( 60ml) panaskan sebentar dan campurkan 6 sudu besar serbuk milo, kacau hingga milo larut.
2. Kemudian Ayak tepung gandum dan baking powder, selepas itu pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan baki susu segar, tepung yang telah di ayak dan bancuhan milo tadi. kacau  menggunkan spatula atau senduk kayu.
3. Akhir sekali masukkan minyak masak dan tuangkan di dalam acuan, letak hampir penuh pun takpe, dan kukus lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api kuat. Sedap dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

0 comments: