Misi Blog SuapanIbu

Koleksi hidangan yang sempat dikumpul sebagai kenangan bersama arwah mak. Juadah dan air tangan mak seringkali dirindui. Hidangan turun temurun ini sebagai panduan anak-anakku dan semoga bermanfaat untuk semua pembaca.

Sunday, 7 February 2016

Kuih Goyang

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sudah sekian lama rasanya tak update blog.... sebok dengan aktiviti menggoyang acuan kuih goyang ni haa.... Bagi memanfaatkan acuan kuih goyang peninggalan arwah mak.  Penyambung warisan kuih tradisional agar tak luput ditelan zaman.

Terdapat 3 perisa berbeza yang terhasil. Perisa manis, pedas dan kuih goyang berbijan. Kuih goyang berbijan mendapat sambutan ramai termasuk suami dan anak-anak. Rasanya yang lemak-lemak manis...memang menyelerakan.

Kuih goyang berbijan

Harga tempahan:
Goyang manis & Pedas (RM10 - balang rendah
RM20 - balang tinggi)

Goyang Berbijan (RM15 - balang rendah
RM 25 - balang tinggi)

Isi kandungan:
Balang rendah  (35-38 keping)
Balang tinggi (85-90 keping)

Hubungi:
0196635574 (wsapp/call)

Kuih goyang manis

Kuih goyang pedas

Wednesday, 11 November 2015

Puding Kastad Ibu

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Al kisah bila anak bagi tau ada jamuan di sekolah. "Ummi nak buat apa untuk jamuan esok ?... " Bila anak ajukan pertanyaan, hati ibu mana yang nak mengatakan tidak. Maklumlah hujung tahun ni budak-budak pun sibuk la dengan jamuan perpisahan, ada yang lepas UPSR jamuan perpisahan sebab peralihan dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Macam-macam agenda murid-murid dan guru-guru laksanakan. Secara tak langsung ibu-ibu terlibat sama.

Macam-macam aksi dan reaksi la jadinya... ini la hasil carian dari kawan rapat cik google yang sentiasa tak jemu-jemu melayan kerenah peminatnya....
suapanibu.blogspot.com


Nak share jugak la resepi yang mudah lagi terbaiiieeekkk!!!!

Bahan2:
1 peket agar-agar tali  <atau> 8 gm agar-agar serbuk
4 cawan air 
1 cawan gula pasir  - ikut kadar kemanisan
1 cawan santan
1 cawan tepung kastad  - bancuh dengan sedikit air hingga sebati
1 sudu besar serbuk koko


Caranya:
1. Basuh agar-agar dan rebus dengan 4 cawan air sehingga mendidih dan larut.
2. Masukkan gula dan santan. Kacau sehingga gula larut. Guna api perlahan supaya santan tidak bergentel.
3. Asingkan/ketepikan 1 mangkuk bancuhan agar-agar.
4. Kemudian masukkan adunan tepung kastad dan kacau sehingga pekat dan berkilat. Tutup api.
5. Masukkan serbuk koko ke dalam mangkuk bancuhan agar2 yg diasingkan tadi.
6. Tuang adunan kastad ke dalam acuan kegemaran. Kemudian tuang adunan agar-agar koko.  Lorekkan dengan lidi untuk corak yang disukai.
7. Sejukkan dan boleh la dimasukkan ke dalam peti sejuk.




Friday, 30 October 2015

Kacang Pis (Peas) Goreng Berempah

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Sejak jadi suri rumah sepenuh masa ni asyik fikir nak masak apa untuk keluarga. Sebelum ni jadi isteri separuh masa dalam perjalanan balik, atas motor sempat lagi reka resepi utk juadah makan malam ishhh!!! pening jugak kan ???... bersarang otak ni... usaha masih diteruskan..
Buka peti sejuk terjumpa kacang pis dalam tin masih berbaki lagi. Otak semakin ligat berfikir nak buat apa dengan kacang pis ni. Kemudian tercari-cari lagi sayur apa yang masih ada. Wah! kacang buncis dan karot....hhhmmm.. idea merapu datang tiba-tiba...

Merapu tak merapu asalkan jadi hidangan yang keluarga suka... bila tengok kacang pis goreng berempah paling cepat disambar anak-anak..hatiku berbunga-bunga...fuh!!! dlm hati ada taman... Tambah pulak dengan ikan cencaru bakar.

Jom tambat selera keluarga dan hargai usaha kita....Alhamdulillah..

Bahan2:

1/2 tin Kacang peas (dalam tin)
5 batang Kacang buncis (potong serong)
1/2 batang karot (potong kiub)
1 batang cili merah (hiris)
2 biji bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
1 sudu rempah kari daging
1 biji telur ayam
garam secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara Masak:
1.  Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak. Guna api kecil sahaja.
2.  Masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi. Tumis hingga layu. Kemudian masukkan rempah kari daging. Gaul rata (jangan terlalu lama nanti hangus pulak)
3. Masukkan kacang buncis dan karot. Gaul rata dan biarkan sebentar hingga agak layu sedikit.
4. Masukkan kacang pis dan garam secukup rasa.
5. Pecahkan telur dan kacau hingga rata. Bila agak kering boleh la diangkat dan hidangkan.


Monday, 15 June 2015

Apam Milo / Koko

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Sebelum tidur terkulat-kulat mata dan minda memikirkan juadah apa untuk sarapan pagi esok ni. Asyik cucur kodok, lempeng, pancake, nasi goreng dan nasi lemak. Hati berkata-kata....Intai-intai almari dapur, tiba-tiba jumpa pulak kertas kecil terselit dalam lipatan buku-buku resepi lama yang dah kuning warnanya. Alhamdulillah rezeki anak-anak... Kuih yang amat mudah dan ringkas proses penyediaannya. Amat sesuai dengan ibu-ibu yang kesuntukan masa menyediakan sarapan pagi atau minum petang untuk keluarga tersayang. Jom intai resepi....

Bahan2:                                 
http://suapanibu.blogspot.com


1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir (ikut citarasa)
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar milo atau koko
1 biji telur

Cara2nya:
1. Campurkan semua bahan2 kecuali minyak. Kacau rata menggunakan "whisk" atau senduk kayu. Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan gaul lagi sehingga sebati dan tidak berketul.
2. Panaskan pengukus hingga air mendidih. Balut penutup dengan kain supaya wap air tidak jatuh pada kuih
3. Sapukan minyak pada loyang atau acuan apam yang digemari
4. Masukkan adunan ke dalam acuan/loyang dan kukus selama 25 minit atau hingga masak.




Apam Milo Mekar

Bahan-bahanya                            
150gram tepung gandum
6 sudu besar serbuk milo
120 ml susu segar
50 gram gula
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar minyak masak
1 biji telur

Cara-caranya
1. Ambil separuh bahagian susu segar ( 60ml) panaskan sebentar dan campurkan 6 sudu besar serbuk milo, kacau hingga milo larut.
2. Kemudian Ayak tepung gandum dan baking powder, selepas itu pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan baki susu segar, tepung yang telah di ayak dan bancuhan milo tadi. kacau  menggunkan spatula atau senduk kayu.
3. Akhir sekali masukkan minyak masak dan tuangkan di dalam acuan, letak hampir penuh pun takpe, dan kukus lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api kuat. Sedap dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

Friday, 24 April 2015

Masak Lemak Cili Api Sotong Dan Kailan

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Menu hari minggu yang amat ringkas dan
suapanibu.blogspot.commenyelerakan. Kita biasa dengan kailan goreng ikan masin atau kailan goreng belacan, tapi sebenarnya kailan juga sedap masak lemak cili api dengan sotong atau udang. Anak-anak pun suka.. JOM!...tengok resepi...

Bahan-bahan:
1 ikat sayur kailan (basuh dan potong ikut seni masing2)
Sotong (buang tulang belakang dan potong bulat2 - basuh & toskan)
1 mangkuk santan pekat
7 biji cili padi (boleh tambah/kurangkan)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup / 1/2 sk serbuk kunyit
1 batang serai (ketuk pangkalnya)
1 keping asam keping
 garam (secukup rasa)

Cara penyediaannya:
1. Tumbuk cili padi, halia, kunyit dan garam hingga lumat.
2. Masukkan santan, bahan tumbuk, serai, asam keping dan batang kailan ke dalam periuk. Biarkan mendidih sebentar baru masukkan daun kailan.
3.  Bila batang kailan lembut, masukkan sotong.  Kacau dan rasakan garam secukupnya.
4. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.






Tips & ~petua~ :
Masak sotong tak perlu lama sangat supaya sotong tidak liat macam "chewing gum"...



Friday, 27 March 2015

Bubur Kacang Meletop !!!

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Cerita hari ini. Kelas masak bubur kacang untuk remaja yang tak berapa remaja laaa....
Sediakan bahan2 di bawah ni dulu ye...

Bahan2:
Image result for santan kotak ayam brand2 peket kacang hijau
1 kotak besar santan Ayam Brand (5 cawan santan)  
Air jika perlu
3 ketul Gula kabung/melaka
4 senduk gula pasir (secukup rasa)
1 sudu makan garam
                     2 helai daun pandan (ikat simpul)
                     1 cawan sagu (basuh dan tapis)

Cara membuatnya:
1. Basuh kacang hijau.
2. Rebus kacang hijau dengan air dalam periuk nasi (rice cooker) hingga empuk (kacang lembut dan kembang). Paras air mestilah 1/2 drp periuk.
3. Bila kacang sudah empuk, masukkan santan, gula melaka, gula pasir, garam, daun pandan dan air .
4. Biarkan sehingga mendidih dan rasakan garam dan gula. Tambah mana2 yg kurang. Ikut kesedapan masing2.
5. Masukkan sagu dan sesekali kacau rata. Biarkan sehingga sagu nampak jernih mcm mata ikan segar...hihihi..

Daripada cerita di atas, macam ni la hasilnya:
Basuh dan Rebus kacang hijau
Kacang sudah empuk/kembang

Setelah masukkan semua bahan kecuali sagu
Setelah masukkan sagu

Monday, 2 March 2015

Sambal Pecal

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


suapanibu.blogspot.com

Sambal Pecal cukup terkenal dengan makanan kaum jawa. Biasanya dimakan bersama sayur-sayuran kampung seperti pucuk ubi, kangkung, jantung pisang, taugeh dll sebagai hidangan sampingan. Penyediaannya cukup mudah. Boleh buat banyak2 dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna baru bancuh dengan air panas.


Bahan2 utk Kuah Kacang: (hidangan untuk 5 orang)

3 cawan  kacang tanah- sangai (goreng tanpa minyak) dan kisar separa halus (kasar + halus)
7 tangkai cili kering- buang tangkai, basuh dan toskan.
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci isi cekur (jika suka)
1 inci belacan yg telah dipanggang
asam jawa tanpa biji
1 sudu teh garam
5 sudu besar gula
1/2 cawan air panas

Sayur-Sayuran:

1 bungkus tempe- hiris nipis, gaul garam dan kunyit (campur sedikit air)- goreng
2 keping tauhu- goreng- hiris kecil
tauge- buang ekor dan dicelur sebentar
3 urat kacang panjang, celur dan kerat 1 inci
1 ikat kangkung - celur
1/2 biji sengkuang- kupas, hiris panjang-panjang
timun -hiris panjang-panjang
jantung pisang, celur
pucuk ubi- celur

*** celur dalam periuk berisi air dan 1 sudu besar minyak masak atau sehiris halia. Sayur nampak hijau dan cantik serta jantung pisang tak lebam

Cara membuat kuah:
1. Goreng cili kering dalam 1/2 cawan minyak masak ,2-3 minit. Angkat dan toskan. Kemudian goreng bawang merah dan bawang putih hingga bahagian luarnya layu. Angkat dan toskan.

2. Goreng tempe dan tauhu menggunakan kuali yang sama.

3. Blend/tumbuk halus cili kering, ubi cekur dan bawang. Masukkan ke dalam mangkuk.

4. Campurkan kacang tanah, asam jawa, garam dan gula.

5. Bancuh dengan air panas dan kacau hingga sebati. Kadar air bergantng kepada kepekatan yang disukai.

*** Cadangan hidangan: Sedap juga dijadikan pencicah cucur udang, cucur kodok atau tahu sumbat.