Misi Blog SuapanIbu

Koleksi hidangan yang sempat dikumpul sebagai kenangan bersama arwah mak. Juadah dan air tangan mak seringkali dirindui. Hidangan turun temurun ini sebagai panduan anak-anakku dan semoga bermanfaat untuk semua pembaca.

Friday 30 October 2015

Kacang Pis (Peas) Goreng Berempah

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Sejak jadi suri rumah sepenuh masa ni asyik fikir nak masak apa untuk keluarga. Sebelum ni jadi isteri separuh masa dalam perjalanan balik, atas motor sempat lagi reka resepi utk juadah makan malam ishhh!!! pening jugak kan ???... bersarang otak ni... usaha masih diteruskan..
Buka peti sejuk terjumpa kacang pis dalam tin masih berbaki lagi. Otak semakin ligat berfikir nak buat apa dengan kacang pis ni. Kemudian tercari-cari lagi sayur apa yang masih ada. Wah! kacang buncis dan karot....hhhmmm.. idea merapu datang tiba-tiba...

Merapu tak merapu asalkan jadi hidangan yang keluarga suka... bila tengok kacang pis goreng berempah paling cepat disambar anak-anak..hatiku berbunga-bunga...fuh!!! dlm hati ada taman... Tambah pulak dengan ikan cencaru bakar.

Jom tambat selera keluarga dan hargai usaha kita....Alhamdulillah..

Bahan2:

1/2 tin Kacang peas (dalam tin)
5 batang Kacang buncis (potong serong)
1/2 batang karot (potong kiub)
1 batang cili merah (hiris)
2 biji bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
1 sudu rempah kari daging
1 biji telur ayam
garam secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara Masak:
1.  Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak. Guna api kecil sahaja.
2.  Masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi. Tumis hingga layu. Kemudian masukkan rempah kari daging. Gaul rata (jangan terlalu lama nanti hangus pulak)
3. Masukkan kacang buncis dan karot. Gaul rata dan biarkan sebentar hingga agak layu sedikit.
4. Masukkan kacang pis dan garam secukup rasa.
5. Pecahkan telur dan kacau hingga rata. Bila agak kering boleh la diangkat dan hidangkan.